Rebut Suami Orang, Wanita Ini Dibelasah Beramai-ramai

Sebuah video berdurasi enam minit yang menunjukkan sekumpulan kaum ibu memukul seorang wanita, kini menjadi viral di media sosial.

Berdasarkan keterangan yang dituliskan akaun Facebook, Koran Resmi, tertulis bahawa wanita tersebut dipukul kerana berselingkuh dengan suami orang.

“Untuk kaum para wanita hati-hati untuk mencintai lelaki, siapa tau dia sudah beristri,” demikian tulisnya.

Bagaimanapun menerusi bahasa yang dituturkan itu, netizen percaya ia bukanlah bahasa Indonesia sebaliknya kemungkinan dari Vietnam.

Netizen menyifatkan apa yang dilakukan oleh kaum ibu sangat kejam dan tanpa belas kasihan mereka mengajar wanita perampas itu sehingga dia tidak berdaya melawan.

Beberapa orang cuba membantu tetapi gagal. Pada akhir video itu, seorang wanita telah meleraikan pergaduhan berkenaan dan membawa wanita tersebut dari situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *