Pelan Diet Wanita Ini Mengubah Kehidupannya Menjadi Lebih Kaya

Ibu kepada tiga anak ini berjaya mengubah kehidupannya dan kini dia hidup dalam kemewahan selepas berjaya mencipta pelan diet tersendiri. Kejayaannya itu lebih bermakna kerana Terri tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang sains pemakanan.

Terri-Ann Nunns, 32, dari Doncaster menggunakan elemen dalam pelbagai jenis diet yang digabungkan dan ia ternyata memberikan kesan apabila dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 63 kilogram.

Susulan kejayaannya itu, Terri kini mengendalikan laman web sendiri dan mempunyai 53,000 ahli serta memperolehi pendapatan £500,000 setahun.

“Selama lima bulan, saya mendapat inspirasi dan idea daripada pelan diet yang berbeza dan `bermain-main’ dengan makanan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

“Saya hampir tidak percaya kerana buat pertama kalinya berat saya menurun dan mendapat badan yang saya inginkan,” katanya.

Berat badan Terri naik mendadak selepas melahirkan anak kembarnya iaitu Angelo dan Kelise pada Oktober 2005. Bagaimanapun Kelise meninggal dunia sebaik dilahirkan menyebabkan Terri menjadi murung dan beralih kepada makanan.

Tidak lama kemudian Aaleyah pula dilahir namun malangnya selepas anaknya itu berusia 11 bulan, perkahwinan Terri pula berdepan masalah dan dia kemudiannya bercerai dengan suaminya.

Ketika itu berat badannya naik mendadak dan Terri telah mencuba pelbagai diet tetapi tidak berjaya hinggalah dia membuat kajian mengenai semua diet di pasaran.

Akhirnya dengan berkat usaha Terri, berat badannya menurun dan ramai yang ingin mengetahui rahsianya.

Terri kemudiannya mewujudkan laman web Terri-Ann 123 Diet Plan dan dengan diet berkenaan, dia yang telah berkahwin lain, kini hidup mewah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *