Video : Gelagat ‘Perempuan Bermisai’ Di Masjid India Curi Tumpuan

KUALA LUMPUR – Gelagat ‘perempuan bermisai’ di Masjid India sejak minggu lalu menjadi tular dan ia mencuri tumpuan ramai.

Aksi rakaman video terbabit memperlihatkan seorang penjual lelaki memakai pakaian lengkap sepasang baju kurung moden wanita untuk menarik perhatian pembeli di kawasan panas itu.

Menerusi status video facebook yang dikongsikan Ely Zanei itu, video tersebut telah mendapat 1.9K tontonan dan lebih 9000 perkongsian.

Sementara itu, rata-ratanya netizen terutamanya wanita memuji potongan badan penjual.

Ada sebahagiannya tidak mengecam dan menyifatkan peniaga baju mahu melariskan pakaian mereka dengan menjadi model sendiri dan beranggapan mereka tidak mampu membayar model pakaian wanita.

Ainul Chew menulis, “Badan dia, Perghh…kalah aku”.

“Kemain Melentik lentuk body dia,”tulis MamaKhalish.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *