Video: Apa Sebab Melayu Taknak Sokong Kerajaan? – Tajudin Rahman

KUALA LUMPUR – Orang Melayu diingatkan supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan pada PRU-14 bagi memastikan agenda pembelaan kepada kaum itu terus diberi keutamaan.

Timbalan Menteri  Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, kejatuhan kerajaan adalah akibat pertukaran kuasa daripada orang melayu kepada orang bukan melayu.

“Walaupun PKR itu melayu, mereka itu semua jadi alat untuk india dan cina. 80 peratus ahli PKR adalah bukan melayu, tak ada agenda melayu”, katanya.

Tajuddin ditemui pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung kali kedua dan majlis berbuka puasa Koperasi Sahabat Karya Berhad malam tadi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *