Sindiran Pedas Tan Seng Giaw Kepada DAP Pulau Pinang

Pemimpin veteran DAP, Tan Seng Giaw telah meluahkan kebimbangannya mengenai Pulau Pinang yang ditadbir oleh Lim Guan Eng. Beliau menulis pendapatnya itu di dalam Facebooknya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja. Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” demikian tulis Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Jika beliau, yang merupakan seorang yang berpengalaman dan dihormati dalam DAP boleh berkata demikian, maka bayangkankan bagaimana Guan Eng mahu menepisnya.

Lainlah jika UMNO atau MCA atau Gerakan di negeri itu yang menyebutnya, sudah tentu ia akan ditangkis oleh barisan propaganda DAP.

Agaknya apa yang akan dijawab oleh DAP di Pulau Pinang?

Kebimbangan Tan itu ada kebenarannya. Jika kita lihat beberapa kawasan di Pulau Pinang kerap mengalami banjir kilat. Ia berpunca daripada pembangunan pesat yang tidak terkawal sehingga menyebabkan larian kelodak berlaku ke sistem perparitan dan sungai.

Sepatutnya kerajaan DAP Pulau Pinang memastikan program pembangunan di negeri tersebut dilaksanakan secara lestari dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Akibatnya, kerosakan alam sekitar ini telah menjejaskan segenap lapisan rakyat termasuk mereka yang berpendapatan rendah.

Malah penasihat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan alam sekitar, Chant Group, Peter Lim telah mempersoalkan dasar kerajaan negeri yang bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah banjir, malah menjadikannya bertambah buruk.

Peter dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia bertarikh 3 April lalu berkata, kerajaan nege­ri khususnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sehingga kini tidak mempunyai pelan rancangan tempatan sebagai rujukan kepada pembangunan mapan.

Katanya, pelan yang menggambarkan keseluruhan sesebuah daerah itu sangat mustahak bagi membolehkan MBPP meluluskan sesuatu pembangunan yang selari dengan keperluan pengairan dan saliran.

“Tanpa pelan ini, pihak berkuasa tempatan dengan se­nang dipengaruhi oleh pemaju untuk meluluskan lebih banyak pembangunan di sesuatu kawasan tanpa melihat kepada kapasiti saliran yang boleh ditampung kawasan tersebut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *