Izara Lebih Hati-Hati Selepas Video Lama Tersebar

KUALA LUMPUR — Selepas video memaparkan sisi payudaranya tersebar bulan lalu, pelakon Izara Aishah menganggap ia satu teguran Tuhan.

Menurut Izara, 24, antara pengajaran daripada insiden itu ialah dia lebih berwaspada dalam mengikuti arus fesyen semasa.

“Saya mengaku tindakan saya dulu kurang tepat hingga saya dikecam hebat. Semua itu membuka mata saya supaya tidak terlalu ghairah mengikut arus fesyen.

“Insiden itu juga menyedarkan saya, ada mata yang memandang dan sentiasa mencari kesilapan diri.

“Saya anggap itu sebagai teguran daripada Allah supaya tidak leka.

“Saya perlu sedar, saya mempunyai tanggungjawab kepada peminat dan patut memberikan contoh terbaik,” katanya, seperti memetik BH.

Pelakon filem Polis Evo pada bulan lalu terpaksa memohon maaf selepas menerima kecaman ramai susulan video lamanya tersebar di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *