Amelina Berniaga Kuih Isytihar Bebas Hutang

Penyanyi dangdut Amelina, kini sibuk berniaga kuih di Our Tampines Hub, Singapura sempena Ramadan ini.

Bagi peminat Amelina, ini masanya untuk merasai air tangannya sendiri menyediakan pelbagai biskut dan kuih Raya untuk pelanggan setempat juga para peminatnya.

Menurut MediaCorp, Amelina, 43 tahun, memberitahu tercetusnya idea untuk berniaga dan memulakan ‘Amelina Cookies’ ini untuk menjana pendapatan keluarganya.

Malah, disamping itu penyanyi itu turut mengambil peluang untuk bertemu peminat dan mendekati mereka khusus yang berada di Singapura.

Anak kelahiran Nilai, Negeri Sembilan ini juga menjelaskan, ia merupaka pengalaman pertamanya berniaga kuih di bulan Ramadan dan tidak menjangkakan akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembeli di Singapura.

Difahamkan, Amelina Cookies merupakan biskut buatan tangan yang resepinya dijasilkan oleh Amelina sendiri dan keluarganya.

Setakat ini mereka menjual 7 jenis kuih dan biskut Raya seperti Dipped Chocolate Tarts, Cheesy Semperit, Batang Buruk Moden dan best-seller beliau dan mendapat sambutan hangat adalah biskut Crispy Chocolate Chips.

“Amelina amat terkejut dan teruja dengan sambutan dan respons yang diterima dari para pelanggan dan peminat ke atas perniagaan biskut sulung saya ini,” katanya yang turut mendedahkan, setiap kali ke Singapura, dia akan membawa hampir 100 botol kuih, dan kebanyakannya akan habis.

“Walaupun tiada pengalaman dan selok-belok ilmu berniaga yang terperinci, namun Amelina tekad ingin mencuba berjualan biskut Raya bermula di Singapura.

“Bukan setakat ingin mencari rezeki, tetapi saya ingin mengambil kesempatan dan memberitahu para peminat ‘kehadiran kembali’ atau comeback saya di persada seni,” tambahnya.

Sebelum ini, Amelina ‘menghilangkan diri’ sejak 15 tahun pada tahun 2000 selepas terpalit kontroversi. Kini dirinya sudah kembali aktif sejak tahun tiga tahun lalu.

“Apa yang penting kini, saya sudah pun kembali aktif dan sekembalinya saya di persada seni ini memang saya niatkan untuk ‘mencari duit’ secara halal untuk membesarkan anak-anak saya,” ujarnya.

Apa yang lebih mengujakan dia sudah dapat menyelesaikan hutang lapuk yang ditanggungnya dan perlu menyelesaikannya seorang diri setelah berpisah dengan bekas suami.

“Saya ingin menjelaskan biarlah cerita lama ini menjadi pengajaran yang berguna pada diri. Segala hutang sudah pun selesai saya langsaikan, walaupun bukan diri ini yang bersalah sama sekali.

“Biarlah cerita perit ini dikuburkan dan usahlah diungkit lagi. Saya hanya ingin fokus membesarkan dan menjaga anak-anak saya dan mempertingkatkan diri dalam kerjaya seni, dan juga jika ada rezeki lebih, ingin mempunyai perniagaan yang berjaya atau business empire sendiri, satu hari nanti, Insya-Allah,” cerita mantan Ratu Dangdut Malaysia itu yang kini sibuk menyara anak-anaknya yang berusia lapan hingga 16 tahun.

Untuk persiapan Lebaran ini, Amelina sudah pun menyediakan beberapa pasang pakaian untuk anak-anak dan dirinya. Mereka menyambut secara serba sederhana.

Dlaam pada itu, bagi perkembangan terbaharu penyanyi itu, katanya dia kini sedang mencari bahan untuk album terbaharunya, dan berharap dapat memulakan rakaman pada tahun hadapan.

Pada masa yang sama juga, Amelina berharap dapat bekerjasama dengan komposer-komposer Indonesia, Malaysia dan juga Singapura.

Amelina percaya mereka semua mempunyai kepakaran dan kekuatan yang berbeza dari yang lain, dan berharap kerjasama ini akan dapat direalisasikan pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: