10 Hujah Kenapa Dakwaan DoJ Hanya Konspirasi

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat telah menyenaraikan maklumat kononnya penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia bukannya sesuatu yang baru, diulang tayang perkara sama sejak 20 Julai 2016. Hanya kenyataan dan tuduhan sahaja dibuat. Tidak ada saman yang dibuat.

Menyerlahkan ianya hanyalah satu konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut adalah 10 hujah kenapa dakwaan DOJ itu hanyalah satu konspirasi.

1 – Apa yang didakwa oleh DOJ hanyalah dakwaan semata-mata. Ia ditulis sebagai kenyataan akhbar dan ucapan sahaja berdasarkan aduan awam. Selagi dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan sehingga mahkamah membuat penghakiman, ia tidak membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat dalam aduan ini adalah benar.

Jika ada bukti bagi setiap dakwaan, sudah tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan. Aset dirampas mengikut Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat. Sampai sekarang, tiada siapa pun didakwa.

2 – Jabatan Peguam Negara, Malaysia sehingga kini tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu “berlaku pada ulang tahun saman pertama. Dalam kata mudah, ia merupakan tindakan ulangan sahaja.

3 – 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang.

Selepas semakan, pihak berkenaan mendapati tiada jenayah dilakukan. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

4 – Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak disebut dalam tindakan sivil berkenaan. Malah DoJ langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Hanya mencipta terma MO1 sahaja untuk cetuskan persepsi semata mata.

5 – Tiada bukti Datin Seri Rosmah pernah menerima berlian berharga US$27 juta. Kononnya butiran berlian itu menarik perhatian ramai namun mana buktinya ia adalah untuk Rosmah? Nama beliau tidak disebut pun dalam tindakan sivil berkenaan.

Ini sama seperti dakwaan Rafizi dahulu, yang akhirnya hanya berkata tuduhan itu hanyalah lawak sahaja.

Disebabkan fitnah itu, Datin Seri Rosmah telah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan “serangan dan tuduhan palsu” terhadap beliau.

6 – Walaupun terdapat rujukan mengenai MO1 tetapi DoJ tidak menamakan siapa MO1. Ini kerana aduan yang dibuat tidak mempunyai maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan kesalahan jenayah seperti yang disebut dalam laporan itu. Mengapa tidak namakan terus Datuk Seri Najib? Ini bukti dakwaan DoJ itu tiada asas dan hanya konspirasi sahaja.

7 – 1MDB berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama bersama Petro Saudi. 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB.

8 – Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan DoJ memfailkan sekali lagi saman sivil itu tanpa meminta kerjasama kerajaan Malaysia adalah terpesong dan menimbulkan keraguan.

Saman sivil terbaharu itu, kata Tunku Aziz tidak boleh dipercayai dan boleh dianggap satu konspirasi.

9- Pendedahan tidak berasas DoJ ke atas pemimpin negara ini hanya mahu menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara termasuk membangkitkan semula kes salah laku dalam 1MDB yang telah selesai.
Kalau ada pihak termasuk DoJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara.

10 – Genap setahun selepas pendedahan kali pertama oleh DoJ, kini tindakan sivil terbaru dikemukakan. Tindakan ini seperti yang dilakukan setahun lalu tetapi rakyat Malaysia tidak `ghairah’ membicarakannya dan berita mengenainya hanya berlegar di kalangan pembangkang dan media mereka sahaja.

Dan sejak pengumuman pertama tindakan sivil itu tahun lepas, dalam tempoh setahun itu, Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediannya untuk mempertimbang memegang semula jawatan Perdana Menteri. Tidakkah anda nampak kaitannya?

Pihak pembangkang terutamanya DAP jawab dan saman dulu Dr Zuhdi yang jelas dan terang dakwa DAP dapat RM1.2 billion dari Israel.

Kenyataan DoJ ini sudah setahun, saksi pun belum dipanggil untuk siasat dna sahkan kebenaran. Dibawa ke mahkamah pun belum. Hanya kenyataan sahaja. Lepas kes RM9.5 juta tidak jalan, datang pula DoJ “recycle story” lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: