Video : Netizen Selar ‘Ustaz’ Mengangkat Tradisi Zikir Goyang

Zikir goyang yang menjadi viral di media sosial kerana didakwa merupakan amalan sesat telah disangkal seorang ‘ustaz’.

Menurut Tribunenews.com, lelaki yang mendakwa dirinya ‘ustaz’ itu menegaskan zikir tersebut adalah amalan tradisi masyarakat di Madinah sejak turun temurun dan nabi juga melakukannya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyelar ‘ustaz’ itu dan menyifatkan ia adalah amalan jahiliah.

Bahkan, mereka turut menyifatkan ‘ustaz’ terbabit yang mengakui pernah menjadi penjaga makam Rasullullah itu sebagai tidak betul dan menyifatkan pelaku zikir goyang itu tidak ubah seperti orang yang telah dirasuk.

Ma’ruf Doli menulis,”Saya sudah setua ini, tidak pernah menemukan ajaran dari Rasulullah cara-cara zikir seperti ini. Jelas ini sebuah kesesatan yang fatal diangkat oleh ulama bodoh yang mengagungkan budaya yang sesat”.

“Takkanla jika sudah lama jadi tradisi baru harini viral,”tulis Qodrat Nur.

“Ini adalah tradisi aliran sufi, bukan dari sunnah nabi, kerana nabi dan para sahabatnya tidak pernah mencontohkan dzikir yang seperti ini,”tulis Jazman.

Menurut Fathan Al Kautsar pula, “Cuma nak tanya, betulkah dalam agama Islam dibenarkan teriak-teriak sekeras itu di masjid? Saya rasa tidak”.

Semalam, SuaraTV melaporkan, jemaah berzikir sambil menari di sebuah masjid negara seberang. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: