Lemang Pandu Lalu Dapat Sambutan Ramai

KOTA KINABALU – Lemang juga boleh dibeli secara pandu lalu atau ‘drive thru’.

Hasil inisiatif pengusaha lemang `drive thru’, Abdul Qahhar Bujang 31, di kawasan Cybercity, Kepayan dan Lok Kawi, mendapat sambutan ramai.

Menurut Abdul Qahhar, dia mengambil inspirasi dengan konsep restoran makanan segera untuk digunakan dalam penjualan lemangnya bagi memudahkan orang ramai, seperti memetik Utusan.

Dalam pada itu, menurutnya, konsep itu menjadi pilihan bagi memudahkan para pelanggan yang ingin membeli lemang pada saat akhir sebelum berbuka puasa mahupun menyambut hari raya tanpa perlu berjalan jauh dan mencari tempat letak kereta.

Di sini pelanggan berpeluang membeli lemang yang dijual pada harga antara RM10 hingga RM15 mengikut saiz.

Selain itu, Abdul Qahhar turut menjual rendang ayam dan rendang daging serta pulut kuning yang dimasak menggunakan resipi keluarga turun temurun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: