Kemelut Dalam PPBM Semakin Panas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menerima tamparan lagi apabila kira-kira 200 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)  mengumumkan keluar parti
itu.

“Apa yang saya lihat sepanjang berkhidmat dalam PPBM, parti ini tidak menunjukkan perjuangan sebenar mereka untuk membela anak bangsa, sebaliknya hanya mempergunakan tenaga kami untuk menjayakan majlis PPBM dan sebagainya,” kata salah seorang daripada ahli yang keluar parti itu.

Ia merupakan satu krisis kepada Armada sendiri yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tindakan itu diambil selepas salah salah seorang Exconya, Muhammad Hafiz Azhar bakal berdepan tindakan disiplin kerana mempersoalkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti itu.

Nampaknya dalam PPBM ini ahli-ahlinya tidak boleh bersuara, jika tidak mereka pasti akan dikenakan tindakan. Ia menunjukkan tiada hak bersuara langsung dalam PPBM.

Ia juga sekali gus menunjukkan bahawa Mahathir dan Muhyiddin gagal menjawab isu yang dimainkan selama ini. Mahathir telah disoal berhubung kekayaan luar biasa anak-anaknya manakala Muhyiddin pula dikaitkan dengan skandal Nika Ghee.

“Akar umbi mahu tahu apa yang sedang berlaku, bukan susah mereka hanya perlu jawab sahaja,” kata Muhammad Hafiz pada sidang media baru-baru ini.

Dan disebabkan soalan itu juga maka Muhammad Hafiz akan dikenakan tindakan.

Bukan beliau sahaja, malah sebelum ini banyak yang bertanya soalan berkenaan tetapi tuan punya badan hanya mendiamkan diri.

Muhyiddin, sebelum ini turut diasak oleh orang kanan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan supaya membersihkan namanya ekoran isu moral melibatkan skandal tersebut yang membelengu imej dirinya sejak sekian lama.

Kes itu membabitkan akuan bersumpah (SD) bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya Nika Gee Siew Yee.

Stanley dan isterinya membubarkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *