Kanak-kanak Maut Selepas Guru Lekat Pita Di Mulut Kerana Cakap Banyak

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas guru tadikanya melekatkan pita pelekat ke mulutnya kerana terlalu banyak bercakap.

Perkara itu didedahkan oleh bapanya menerusi media sosial.

Kanak-kanak berkenaan, Guo Jintong, dari China, meninggal dunia selepas senaman pagi.

Menurut bapanya, Guo yang belajar di tadika Huadian telah dilekatkan pita berkenaan selepas sesi senaman pagi berakhir.

Dia dilaporkan dihantar ke klinik selepas itu namun disahkan meninggal dunia selepas 40 minit mulutnya dilekatkan pita pelekat.

Bapa juga mendakwa ketika ambulans tiba, anaknya itu sudah meninggal dunia kira-kira 30 minit. Dia turut menuduh pihak berkuasa cuba menyembunyikan insiden berkenaan.

Lelaki itu mendakwa guru terbabit yang melekatkan pita tersebut dikenali sebagai Ju Chunwei.

Kes berkenaan kini sedang disiasat dan guru tersebut telah digantung kerja.
yMail on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *