Video: Insiden Tampar Tak Berlaku Di Zaman Saya, Kata Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata insiden tampar Rabu lalu ketika program dialog Transformasi Nasional (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan kerana tidak berlaku sebelum ini.

Dalam insiden di kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana Putrajaya itu, sesi dialog TN50 dihadiri penggiat seni terganggu seketika apabila pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang.

Keadaan menjadi kecoh apabila pelakon veteran Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin, tiba-tiba meluru ke pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Datuk Sri Najib Razak.

“Tak pernah berlaku kepada saya atau Perdana Menteri lain sebelum saya. Ini memalukan kita di seluruh dunia, perkara ini berlaku depan Perdana Menteri,” kata bekas perdana menteri itu ketika menjawab pelbagai soalan secara langsung daripada pengguna Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu menjawab soalan pengguna media sosial dalam sesi bertajuk “Hangpa tanya, #ChedetJawab” di Facebook Live semalam. -SuaraTV

One thought on “Video: Insiden Tampar Tak Berlaku Di Zaman Saya, Kata Tun M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *