Scha Mahu Bawa Lara Alana Solat Terawih

PELAKON Scha Alyahya memberitahu dia ingin membawa anaknya, Lara Alana melakukan solat tarawih bersama-sama.

Jelas isteri kepada Awal Ashaari ini, dia ingin mendedahkan Lara tentang amalan dan keseronokan bulan Ramadan.

“Tahun ini kali pertama saya akan bawa Lara sembahyang terawih bersama-sama kerana ingin memberinya pengalaman dan merasai keindahan Ramadan.

“Mungkin dia masih kecil dan agak lasak selain belum boleh memahami tetapi tak mengapa kerana dari kecil kita kena dedahkan.

“Ia juga sebagai memori untuk kami anak-beranak apabila dia besar nanti,” katanya, lapor mStar.

Dalam pada menurut Scha selain ingin memberikan tumpuan kepada ibadah, bulan Ramadan ini juga dia akan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Tiga Dara arahan Dira Abu Zahar.

Selain itu, Scha bersama Awal juga akan mengambil peluang bagi mempromosikan koleksi hari raya (baju raya) mereka bersama peminat selain menghadiri acara-acara berbuka puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: