Pengunjung Air Terjun Dinasihatkan Ke Klinik Periksa Kencing Tikus

Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan terdapat satu kematian malam tadi sekitar jam 12 tengah malam di Hospital Sultanah Aminah JB disebabkan kencing tikus (leptospirosis) dan kegagalan organ berfungsi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataannya berkata, seorang remaja berumur 18 tahun, yang berasal dari Pekan Nanas, Pontian telah disahkan meningal setelah 3 hari berada di ICU HSA JB.

“Remaja tersebut ada mandi di Air Terjun Gunung Pulai pada bulan April yang lalu. Pada awalnya beliau mengalami sakit perut, selesema, demam selama 3 hari dan lemah anggota badan.

“Saya menasihati kepada semua pengunjung mana mana air terjun atau pusat reakreasi sekitar bulan April dan Mei ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital dan Klinik Kesihatan dengan kadar segera,”kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dalam proses penyiasatan dan mengenalpasti pergerakan si mati sebelum di masukkan ke hospital.

Akan dimaklumkan sebarang perkembagan dari semasa ke semasa.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *