Berlian Bentuk Hati Terbesar Dijual RM64 Juta

GENEVA – Berlian sempurna berbentuk hati terbesar dijual pada harga hampir AS$15 juta (RM64.91 juta) di Geneva kelmarin sekali gus memecahkan rekod dunia kategori berkenaan, kata rumah lelongan Christie’s.

Menurut AFP, berlian seberat 92 karat itu merupakan permata­ utama pada seutas kalung mutiara.

“Harga jualan sekitar AS$14.99 juta (RM64.87 juta) ini merupakan rekod dunia untuk berlian bentuk hati,” kata jurucakap Christie’s, Alexandra Kindermann kepada agensi berita AFP, lapor Kosmo.

Berlian itu direka bentuk oleh Boehmer et Ba­ssenge yang merupakan antara jauhari Perancis paling tersohor pada abad ke-18.

Syarikat itu kini dikendalikan oleh seorang saudagar berlian yang beribu pejabat di Antwerp.

Rekod jualan berlian bentuk hati sebelum ini dicatat pada tahun 2011 apabila sebutir berlian seberat 56.15 karat dijual pada harga AS$10.9 juta (RM47.17 juta).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *