Video : Jakel Tampilkan Koleksi Artis Ternama Tanahair, Baju Saiz Besar Dan Keluarga

KUALA LUMPUR – Jakel sekali lagi menampilkan koleksi-koleksi menariknya, dengan tag Line ‘Jakel, Barulah Raya 2017’.

Pengarah Kumpulan Urusannya, Datuk Mohamed Farez Mohamed Jakel yang ditemui di majlis pelancaran koleksi raya tahun ini berkata, bersempena ulangtahun ke 10 jakel yang bertapak di Kuala Lumpur, jakel telah mengeluarkan banyak fabrik pilihan untuk seisi keluarga.

“Jakel menjangkakan koleksi edisi kali ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ia merupakan koleksi terkini dan terbaharu yang dikeluarkan oleh JAKEL,”katanya.

Mengulas mengenai koleksi baju Melayu Aaron Aziz ia direka khas dan khusus mengetengahkan kecemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaannya dari segi penggunaan fabrik dan warna. Warna yang dijangka menjadi pilihan tahun ini adalah warna pastel atau lembut selain warna kegemaran antaranya hijau Zamrud, merah cili dan biru diraja.

“Manakala baju mnelayu koleksi Nabil Ahmad Pula, berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kecemasan pada leher dan poket,”katanya.

Tambahnya, terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini.

“Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, jakel telah mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju Melayu “Plus Size” dan pertama kali bagi jakel memasarkan produk tersebut untuk mereka yang bersaiz comel.

“Jakel telah mengambil peluang untuk berkala Parsi dengan selebriti yang mendapat pengiktirafan ‘Funniest Person In The World’ iaitu Harith Iskander,”katanya yang juga turut berkata penawaran harga di jakel sangat berpatutan serendah RM89 beserta samping dan butang baju melayu percuma bagi setiap pembelian baju melayu tersebut.

Dalam pada itu para artis turut memperagakan koleksi rekaan masing-masing dan koleksi kurta merupakan di bawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari.

Dimana kedua-dua koleksi kurta di bawah label masing-masing mempunyai kualiti dan keistimewaan tersendiri.

Koleksi kurta tersebut menggunakan fabrik cotton bercorak disamping mempunyai kecemasan di potongan leher dan belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.

Tidak ketinggalan, jakel turut mengeluarkan Baju kurung di bawah label Ayda Jebat bersifat ‘Simple but Nice’ yang memfokuskan kesederhanaan kepada pemakai sekali gus membuatkan mereka nampak lebih trend di pagi raya.

Koleksi kanak kanak pula menampilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar dan Lara Alana.

Jakel juga turut menampilkan konsep kekeluargaan yang direka khas dengan warna sedondon yang dilabel koleksi Hanis, Hairul dan Yusof. Jakel yang berkala O rasmi dengan keluarga kecil yang diminati ramai iaitu Hanis Zalika, Hairul Azreen dan Yusof Iskandar.

Pemilihan ini kerana keluarga tersebut mendapat perhatian rama di alam maya. Setiap rekaan yang dihasilkan pasti memberikan kepuasan maksima kepada peminat mereka sekeluarga.

Selain daripada itu, Koleksi Schawalara juga dilabelkan bagi keluarga selebriti ini.

Apa yang memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak ia lembut dan sesuai selain turut dihiasi butiran breads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak pada hari perayaan nanti.

Rozita Che Wan dan Janna nick turut memperagakan koleksi mereka.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: