Dilema PAS-PKR Selangor, Apa Tindakan Azmin Ali?

Ramai yang melihat bahawa pengumuman supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta yang diputuskan oleh biro politik parti itu malam tadi sebagai satu sindiran kepada PAS.

Ini kerana walaupun PAS sudah memutuskan hubungan dengan PKR, namun tiga Exco PAS masih berada dalam kerajaan negeri.

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa PKR akan memecat tiga Exco Pas dalam mesyuaratnya tetapi ia tidak berlaku.

Sebaliknya Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu PAS tidak akan berganjak selagi tidak ada titah daripada Sultan Selangor sendiri.

Namun timbul pula persoalan, jika PAS perlu meletak jawatan maka kenapa wakil rakyat Parti Amanah Negara (PAN) tidak pula mengosongkan kerusi mereka memandangkan mereka menang pada pilihan raya umum lalu pun atas tiket PAS.

Jadi dalam isu ini, PAN sendiri tidak berhak untuk mempersoalkan mengenai PAS di Selangor. Mereka yang berpaling tadah dari PAS adalah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Sebelum ini Pemuda PAN telah mencadangkan supaya barisan kepimpinan kerajaan negeri dirombak susulan PAS memutuskan kerjasama dengan PKR tapi tidak dipersetujui oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.

Azmin sendiri menjadi Menteri Besar dengan bantuan PAS.

“Kita tengok apa akan berlaku. Selepas itu apakah jaminan Azmin akan kekal sebagai menteri besar,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan kedudukan Azmin Ali itu sebenarnya masih belum tentu selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *