Beri Nama Anak Watak Jahat Filem Star Wars

Star wars yang menjadi fenomena seluruh dunia menjadi inspirasi kepada ibu bapa untuk menamakan anak mereka sempena filem sains fiksyen itu.

Menurut laporan portal Independent, nama watak jahat dalam filem itu, Kylo mula menjadi pilihan utama ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) untuk diberikan kepada anak lelaki mereka.

Kylo merupakan watak jahat lakonan Adam Driver yang pada awalnya merupakan pahlawan Jedi sebelum terpengaruh dengan kuasa jahat yang diketuai Snoke.

Watak itu muncul pada filem Star Wars: The Force Awakens yang ditayangkan pada Disember 2015.

Peminat Star Wars pastinya tidak sabar untuk menunggu sekuel filem seterusnya, iaiti Star Wars Epidode VIII: The Last Jedi yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.

Bagi kategori bayi perempuan, nama paling diminati adalah Kehlani yang dipercayai ada kaitan dengan pengaruh nama penyanyi dan penulis lirik Amerika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *