Liverpool Umum Centenary Stand Dinamakan Sebagai ‘Kenny Dalglish Stand’

LONDON – Liverpool mengumumkan Centenary Stand di Stadium Anfield dinamakan semula atas nama Kenny Dalglish sebagai tanda penghargaan The Reds terhadap legenda kelab itu.

Dalglish, 66, memenangi lapan kejuaraan liga, tiga Piala Eropah, dua Piala FA dan lima Piala Liga sepanjang 13 tahun zaman gemilangnya berkhidmat sebagai pemain serta dua kejayaan diraih ketika terbabit dalam pengurusan pasukan.

Untuk itu, Kenny Dalglish Stand akan dibuka secara rasmi pada satu majlis khas tahun ini.

“Ia sebagai bukti sejarah dan status Liverpool yang tidak pernah ketinggalan memiliki pemain hebat,” kata pemilik kelab, John W Henry dalam satu kenyataan.

“Kenny Dalghlish menjadi individu penting dan besar dalam sejarah kelab ini. Jadi ia satu kemestian buat kami untuk menghargai sumbangannya.

“Namanya sudah sinonim dengan kelab kami, gelanggang kami dan bandaraya Liverpool. Sekarang ia akan dapat dilihat dan dirasai semula.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *