Video: Adam Rosly Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Adam Rosly mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di atas enam pertuduhan berkaitan memberi kenyataan palsu kepada pihak berkuasa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.Hukuman maksimum di bawah undang undang ini adalah penjara lima tahun dan denda RM 3 Juta atau kedua-duanya.

 

 

Mahkamah memerintahkan pasport Adam Rosly diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan tarikh 29 Mei untuk sebutan semula kes. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dari SPRM mewakili pihak pendakwaan manakala Adam Rosly diwakili Ahmad Zaidi Zainal.

 

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin turut hadir di mahkamah bersama ahli keluarga Adam dan penyokongnya. Mereka berkumpul seawal jam 7 pagi bagi mengetahui perkembangan Ketua Angkatan Muda PKR ini.

Pada khamis minggu lepas, Adam Rosly telah ditahan ketika memberikan kenyataan pada SPRM. Adam telah direman lima hari dan disambung remannya sehingga dibicarakan kesnya pada hari ini.

Adam telah dibicarakan berikutan pendedahan dari laporan Presiden Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mendakwa Adam Rosly mempunyai kekayaan yang luar biasa tidak sesuai dengan jawatannya sebagai pegawai khas Zuraidah.

Selepas penahanan Adam Rosly, pada 17 April lalu,  Zuraidah memberikan kenyataan Adam bukanlah pegawai khas beliau.

Hakim Allaudeen Ismail meletakkan wang jaminan RM300,000, dan mengarahkan pasport Adam dirampas. Sebutan kes ditetapkan pada 29 Mei.

Terdahulu, Adam ditahan sejak 13 April bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk sebuah banglo mewah.-SuaraTV

 

One thought on “Video: Adam Rosly Mengaku Tidak Bersalah Atas 6 Pertuduhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *