Video : ‘Adam Bukan PA Saya, Si Jamal Tu Gila!’ – Zuraida

KUALA LUMPUR – “Adam Bukan Pegawai Khas Saya, Si Jamal Tu Gila,” Kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang ditemui di mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosli.

Beliau berkata, Adam tidak pernah menjadi pegawai khasnya dan hanya menjalankan tugasnya dalam kapasiti sebagai Ketua Angkatan Muda parti itu.

“Dia hanya menjalankan tugas sebagai Ketua Angkatan Muda PKR untuk cabang Ampang dan saya sebagai ahli parlimen.

 

“Mungkin orang luar memberi persepsi bahawa dia sebagai pegawai khas. Tapi dia memang tak dijadikan khusus sebagai pegawai khas,”katanya.

Ditanya mengenai tawaran jamal mengenai firma guaman percuma Zuraida menyifatkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sebagai individu tidak siuman.

“Jamal orang gila, buat apa nak dengar cakap orang gila. Dia tak ada kapabiliti . Orang yang pakai tuala tepi jalan..orang yang bawa keranda orang yang bawa orang mencuri dalam pusat hiburan macam ni nak dengar cakap dia…alamak. Sepatutnya sumbat dalam mental hospital atau dalam jel sepatutnya,”katanya.

Terdahulu, Adam Rosly mengaku tidak bersalah di mahkamah seksyen di atas enam pertuduhan berkaitan kenyataan palsu kepada pihak berkuasa.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: