‘Saya Tahu Dia Ditangkap Pun Selepas Dihubungi Media’

Bapa kepada pelakon Benjy, Khairil Anwar ZM Rashidi menjelaskan dia mengetahui berita anaknya ditahan berhubung kes dadah di Medan, Indonesia, hanya selepas dihubungi media.

Khairil Anwar, 65, atau Karl berkata, tiada apa yang boleh dijelaskan lagi berhubung penahanan tersebut, lapor BH.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media.

“Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat,” katanya.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes terbabit.

Difahamkan, Khairil Anwar, kini berada dalam keadaan tidak sihat akibat penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.

“Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?,” katanya.

Benjy atau nama penuhnya, Khaeryl Benjamin, 38, ditahan di lapangan terbang Medan, Indonesia, kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram di negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: