Rizab Bank Negara Meningkat Kepada RM423.2 Bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan peningkatan 0.31 peratus kepada AS$95.7 bilion (RM423.2 bilion) setakat 14 April 2017 berbanding AS$95.4 bilion (RM422.2 bilion) yang dicatatkan pada 31 Mac lalu.

Menurut kenyataan bank pusat, kedudukan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 1.1 kali ganda hutang luar jangka pendek dan import selama 8.2 bulan.

Kenyataan itu juga menyebut sehingga 14 April, jumlah keseluruhan aset adalah RM451.8 juta manakala matawang dalam pusingan jatuh 0.7 peratus kepada RM98.74 bilion berbanding RM99.45 bilion pada 31 Mac.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: