Polis Ditahan Tak Sengaja Bawa Pistol Ketika Bercuti

SANTA MONICA – Seorang pegawai polis dari California, ditahan di Taiwan selama seminggu.

Menurut AFP, ia selepas pegawai secara tidak sengaja membawa senjata di dalam bagasi tangan, semasa beliau pergi bercuti bersama keluarga ke negara itu, lapor RTM.

Pegawai polis berkenaan, Noell Grant tiba di Taiwan pada 13 April lepas.

Perkara itu disahkan Ketua polis Santa Monica , Leftenan Saul Rodriguez, kepada AFP.

Namun Rodriguez tidak menjelaskan sama ada Grant akan menghadapi tindakan tatatertib atau tidak atas kesalahannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *