‘Perbuatan Pengotor, Memalukan Identiti Negara!’

Seorang warga Indonesia, Tyas Palar yang berkongsi perbuatan buruk warganya di Jepun menerusi akaun facebooknya menjadi tular di media sosial.

Tribunnews melaporkan, Tyas memberitahu, perkara itu merupakan perbuatan yang memalukan identiti negaranya.

Difahamkan, semasa Tyas sedang makan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, beberapa pelancong daripada negaranya tidak membersihkan meja sisa makanan mereka seperti yang dilakukan pelanggan lain.

Perkara itu telah menunjukkan sikap tidak profesional sekali gus memberikan gambaran bahawa warganya tidak menghormati amalan yang dipraktikkan negara itu serta menjaga kebersihan apabila berada di negara terbabit.

Statusnya itu kemudiannya menjadi tular dan menjadi topik perbualan hangat di Indonesia.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *