PBB Beri Amaran Risiko Perang Nuklear Kini Terlalu Tinggi

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa risiko untuk perang nuklear tercetus akibat ‘kesilapan malapetaka’ berada pada tahap kritikal.

Menurut laporan Institut Kajian Perlucutan Senjata PBB (UNIDR), situasi tersebut boleh berlaku disebabkan kegagalan sistem automatik (senjata nuklear) yang rumit dan mencetuskan kejadian yang boleh meragut berjuta-juta nyawa.

Jelas laporan itu, program pencegahan nuklear masih bertahan sehingga tempoh tertentu.

“Risikonya sangat tinggi dan jika nasib tidak baik, malapetaka akan menyusul,” tambah laporan itu seperti dilaporkan portal Mail Online.

Selain itu, UNIDR member amaran bahawa sambungan antara alat pengesan, drone dan rangkaian sistem senjata menunjukkan satu kesilapan boleh memburukkan lagi keadaan dengan pantas.

Malah jelasnya, risiko insiden, salahfaham dan pertikaian yang tidak diingini terlalu tinggi.

“Kerumitan sistem interaksi yang menghubungkan senjata nuklear (seperti sistem amaran awal, kawalan perintah dan pelancaran) boleh mencetuskan insiden nuklear secara tidak sengaja.

“Kebergantungan kepada sistem automatik ini juga boleh mengkikis keyakinan, sekali gus mendedahkan dunia ini kepada ancaman baharu (perang nuklear),” tambah laporan itu.

UNIDR juga menekankan risiko negara kecil yang menjadi kuasa nuklear terdedah kepada ancaman pengganas memandangkan negara tersebut tidak mempunyai kawalan yang ketat terhadap senjata tersebut.

“Selagi senjata nuklear masih wujud, nyawa kita masih terancam sama ada senjata itu digunakan dengan tujuan atau secara tidak sengaja.

“Ancaman ini hanya boleh dihapuskan jika semua senjata nuklear dimusnahkan,” tambah laporan berkenaan memetik kenyataan pada Persidangan Agung PBB pada 2013.

Sebagai contoh, kata UNIDR, Perang Dingin hampir mencetuskan perang nuklear antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) termasuk insiden pada 1983 yang menyaksikan sistem senjata senjata Soviet. – mstar

One thought on “PBB Beri Amaran Risiko Perang Nuklear Kini Terlalu Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: