Paris Ketatkan Kawalan Keselamatan

PARIS – Beribu-ribu pegawai keselamatan bersenjata diletakkan di sekitar Champs Elysees dan beberapa kawasan lain yang berpotensi menjadi sasaran penyerang susulan serangan malam tadi, lapor AFP.

Ini termasuk bangunan kerajaan dan gereja.

Pihak polis masih menyiasat dalang serangan berkenaan.

Menurut RTM, kejadian itu berlaku dua hari selepas dua lelaki ditahan di selatan Marseille kerana memiliki senjata dan bahan letupan.

Mereka disyaki merancang serangan, bagi mengganggu pusingan pertama pilihan raya presiden yang dijadual berlangsung pada Ahad.

Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande dalam reaksinya terhadap serangan di Champs Elysee berikrar untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Ia terutama beberapa hari menjelang pusingan pertama pilihanraya presiden.

Dalam satu kenyataan, beliau turut mengucapkan takziah kepada anggota polis yang maut, serta dua pegawai polis yang cedera.

Susulan serangan itu, calon pilihan raya Presiden Perancis, Marine Le Pen dan Francois Fillon membatalkan kempen yang dijadualkan pada Jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: