Muka Cantik Tiba tiba Bernanah Gara-Gara Kawan Baik Sendiri

Sekarang ni, aku tak tahu nak mula dari mana. Tak semua orang percaya pada sihir. Santau. Aku sendiri tak percaya benda macam ni. Nak dijadikan cerita. 3 hari sebelum aku bertunang. Muka aku bernanah teruk. Dalam hati Allah saja yang tahu aku tengok muka aku buruk dalam sekelip mata. Tapi masa tu aku baru lepas minum madu. Jadi aku salahkan madu. Aku cuba jadi positif balik dan ambil mood sebab nak bertunang lagi 3 hari walaupun hati aku sebenarnya sedih sangat.

Masa bertunang aku tengok keluarga lelaki semua terkejut tengok muka aku. Yela sebelum ni muka aku cantik licin elok je. Aku malu bila keluarga dia pandang dan tegur kenapa muka jadi. Hari berlalu sampailah 2 bulan selepas tu ada hamba Allah menegur muka aku ni bukan jerawat biasa. Tak hairanlah aku pergi buat chemical peel, aku buat carbon laser semua tak jadi apa-apa. Makin teruk ada lah. Tapi bila hamba Allah tu tegur. Aku cuba berubat kampung.
Ustaz sebuah tahfiz tu kata aku disantau.

Tak puas hati jumpa sorang ustaz aku cari lagi org lain. Sampi orang ketiga aku jumpa dia cerita orang yang santau aku ni nak bakal suami aku. Tapi bakal suami aku tak nak kat dia. Ustaz tu siap cakap ciri-ciri perempuan yang hantar santau ni. Tapi aku tak dapat nak agak, aku cerita pada tunang aku. Dia serba salah dia ingatkan kawan-kawan perempuan dia. Yela aku mengaku dia memang hensem dan bergaya. Jadi aku sedih sangat. Aku rasa ak tak layak untuk dia.

Muka aku mula berkudis dan berkuping. Aku malu nak jumpa dia. Tapi lepas 3 bulan bertunang dia nak juga jumpa aku dia nak tengok keadaan aku depan mata dia. Bila jumpa alhamdulillah dia masih ok. Lagi 3 bulan nak kahwin, kami tunang tak lama. Tarikh diawalkan. Sebab ada salah seorang dari keluarga tunang aku nak cepatkan sebab dia tak nak orang yang menyantau aku buat aku lagi teruk. Katanya. Byk Allah bagi aku petunjuk. Tapi aku nampak sebenarnya siap dalang semua ni jadi.

2 minggu sebelum aku kahwin, aku jumpa seorang kakak. Dia pandai berubat. Aku ikhtiar lagi selagi aku ada masa. Alhamdulillah muka aku makin ok. Sebelum aku kahwin aku ajak kawan baik aku yang selama ni aku usung ke mana saja pergi spa atau pergi klinik kulit beli brg dan macam-macam. Aku ajak dia tidur dengan aku, luangkan masa dengan aku sebelum aku jadi isteri orang. Dan masa dia masuk bilik aku ada bau bangkai. Aku ada tegur muka dia berubah. Tapi keadaan terus senyap. Ak tak syak apa-apa lagi.

Aku cuma mesej akak yang berubat aku, aku bagitahu dia bilik aku bau bangkai malam tu. Dia cuma jawab bawa bertenang fokus hari nikah. Esok nak nikah aku jadi down balik sebab tiba-tiba muka yang dah elok baik jadi buruk balik sedangkan malam tu aku nak nikah. Aku tunggu kawan baik aku datang ak nak menangis. Tapi dia tak datang. Padahal dia janji nak datang pakaikan aku inai petang tu. Allahuakbar aku masih tk nampak petunjuk dr Allah.

Dipendekkan cerita, majlis nikah aku berjalan lancar dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Kawan baik aku masih tak sampai. Seelokknya aku dah sah menjadi isteri barulah kawan baik aku sampai. Seminggu selepas kahwin, aku jumpa akak yang berubat aku. Aku nak tahu siapa dalang semua ni. Aku tak sedap hati. Dan dia cuma cakap, bau yang busuk sebelum aku kawhin tu sebab org tu datang bawa benda tu. Dan orang tu tak dapat datang sebelum aku nikah sebab dia pasang pedinding untuk aku hari nikah aku. Sebab tu selesai majlis baru orang tu boleh sampai. Berdesup darah aku ke kepala. Terus menangis. Allahuakbar. Dia ke kak? Terus aku tanya. Dia cuma senyum.

Aku cuma nak kongsikan cerita ni kepada korang yang bakal berkahwin yang ada kawan baik. Berhati-hatilah. Aku tak pernah percaya semua ni. Tapi bila jadi pada aku. Aku yakin dia sebab banyak benda aku nampak selama ni patutlah dia marah aku balik kampung nak beli cincin tunang dengan bakal suami aku, dia selalu nak ikut kami dating, dia selalu perli aku depan kawan-kawan lain sebab aku selalu dating, dia selalu gedik depan bakal suami aku. Bila kahwin ingatkan semua surut, tapi tak. Aku sehabis baik blok dia kat instagram dan facebook.

Sejak hari itu, aku cuba jauhkan diri daripada dia. Tapi dia masih menghantar mungkin sebab dia nampak aku bahagia dekat page orang lain. Kepada kau wahai sahabat, dunia akhirat aku anggap kau macam kakak sendiri. Kau lembut sopan tudung sangat labuh. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni. Di manakah setia persahabtan kita selama 17 tahun ni. Hati-hati dengan kawan baik. Hati-hati. Emm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *