Miera Leyana Tak Berdendam Dengan Shah Jaszle

Pelakon Miera Leyana mengakui tidak berdendam terhadap bekas teman lelakinya, aktor Shahrizal Jaszle dan bersikap terbuka sekiranya digandingkan dalam drama atau filem.

Menurut Miera gandinganya dengan Shahrizal dalam filem terbaharu, Lebuhraya Ke Neraka membukti mereka sudah ‘move on’ daripada hubungan lalu, lapor mStar.

Katanya, ketika menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid itu, dia dan Shahrizal masih belum mempunyai apa-apa hubungan sebaliknya mereka bercinta selepas itu.

“Industri ini kecil jadi tak payah rasanya hendak bermusuhan, lambat-laun akan berjumpa juga.

“Kami juga saling menyapa ketika bertemu. Jadi jika ada yang hendak gandingkan kami dalam drama atau filem, saya okey sahaja,” katanya.

Miera dan Shahrizal pernah menjalinkan hubungan cinta namun retak pada Februari 2012 selepas lima bulan bersama.

Sementara itu, Shahrizal yang turut ditemui senada dengan Miera dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas teman wanitanya.

Malah katanya, mereka pernah bergandingan dalam drama berjudul Harapan untuk RTM selepas tiga bulan berpisah.

One thought on “Miera Leyana Tak Berdendam Dengan Shah Jaszle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: