Gerakan Mahu Tolong Zairil Buat Laporan Polis

Nampaknya ramai yang mendesak supaya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud membuat laporan polis berhubung gambar intim yang dikaitkan dengan mereka.

Ini termasuklah parti Gerakan yang bersedia dan menawarkan untuk membuat laporan polis secara sukarela bagi membantu membersihkan nama Zairil dan Dyana.

“Zairil ialah ahli Parlimen dan seorang lagi ialah graduan undang-undang. Mereka perlu memastikan undang-undang dipatuhi dan tindakan diambil mengikut undang-undang.

“Oleh itu, saya menggesa Zairil dan Dyana membuat laporan polis. Tak kira siapa penyebarnya, Gerakan mengutuk politik kotor itu. Saya percaya budaya politik itu tidak perlu digalakkan dalam masyarakat kita,” kata Ketua Biro Publisiti Gerakan Pulau Pinang, Ooi Zhi Yi Ooi pada sidang media hari ini.

Baru-baru ini beberapa gambar yang menyerupai Zairil dan Dyana telah tersebar termasuk gambar bercium dan minum wain.

Gambar itu telah menjadi tular di media sosial. Zairil yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu bagaimanapun mendakwa bahawa gambar berkenaan adalah palsu manakala Dyana pula menyifatkan ia sebagai serangan ketiga terhadapnya.

Sementara DAP pula mahu Zairil menyelesaikan sendiri isu tersebut. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan mengulas mengenainya,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *