Doa Selamat Sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V

Putrajaya – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira 7.30 malam tadi bagi majlis bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Turut berangkat Pemangku Sultan Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib disusuli solat hajat dan bacaan Yasin dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Kira-kira 4,000 umat Islam hadir bagi menyertai majlis berkenaan.

One thought on “Doa Selamat Sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *