Banglo ‘Disneyland’ Adam Rosly Beli Tunai, Siapa Bagi Duit?

Selain didakwa di mahkamah, pemimpin Pemuda PKR, rumah Adam Rosly yang ala-ala ‘Disneyland’ juga telah disita. Rumah berkenaan dibelinya pada harga RM1.2 juta secara tunai.

Persoalannya kini bagaimana beliau membeli rumah berkenaan secara tunai. Eloklah kalau pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian tersebut.

Wang RM1.2 juta bukan satu jumlah yang sedikit. Ia amat banyak dan mengejutkan apabila rumah berkenaan dibeli dengan tunai.

Orang ramai berminat untuk mengetahui dari mana beliau mendapat wang berkenaan hingga boleh sebuah rumah agam dengan bayaran tunai pula.

Kekayaan Adam yang baru berusia 28 tahun itu menjadi perhatian selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mempertikaikan rumah besar dan kereta mewah yang dimilikinya, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti.

November lalu, Jamal membawa wartawan menaiki helikopter meninjau banglo milik Adam, sambil mempersoalkan sumber kekayaan pemimpin Pemuda PKR itu.

Susulan itu, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan SPRM terhadap Adam. Adam menafikan salah laku dan mendakwa memiliki perniagaan sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: