AS Beri Amaran Pada Iran Berhubung Nuklear

WASHINGTON – Amerika Syarikat beri amaran kepada Iran agar tidak meneruskan pembangunan nuklearnya.

Perkara itu ditegaskan Presiden Donald Trump dalam sidang media di White House bersama Perdana Menteri Itali, Paolo Gentiloni, lapor AFP.

Menurut Trump, rundingan dengan lima anggota Majlis Keselamatan PBB campur Jerman sepakat untuk melancarkan kembali sekatan yang keras terhadap Tehran sebagai tindak balas, jika melancarkan kembali program nuklear.

Memetik RTM, Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson turut memberi amaran, bahawa Iran berisiko menjadi seperti “Korea Utara” kerana pembangunan senjata nuklearnya.

Tindakan provokatif Iran itu bukan sahaja mengancam Amerika, malah rantau ini dan dunia secara keseluruhan.

Iran pula didakwa cuba membuat penawaran berhubung pembangunan semula program nuklearnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *