3 Isu Besar Landa Pakatan Harapan, Zairil, Adam Rosli dan Cikgu Kamarul

Dalam bulan ini sahaja, tiga isu besar telah melanda Pakatan Harapan. Dari isu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan Dyana Sofya yang mengejutkan ramai dengan gambar intim mereka, kes Adam Rosly yang didakwa dengan isu rasuah dan tindakan salah seorang pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman yang keluar parti.

Semua itu merupakan satu kejutan kepada Pakatan Harapan. Imej parti itu kini sedang dimusnahkan dengan skandal-skandal terbabit.

Zairil menafikan gambar berkenaan adalah dirinya dan mendakwa bahawa ia adalah palsu. Dalam keadaan ini, lebih baik beliau membuat laporan polis jika benar ia palsu.

Begitu juga dengan Adam Rosly,yang berdepan dengan isu rasuah. Beliau adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang. Manakala Kamarul Azman pula yang digelar cikgu Kamarul telah keluar dari PPBM kerana tidak puas hati dengan isu kronisme dalam parti berkenaan.

Tiga isu ini cukup besar hinggakan DAP dan PKR menjauhkan diri daripada mereka yang terlibat.

DAP mahu Zairil menyelesaikan isu gambar berkenaan sendiri sementara Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak mahu dikaitkan dalam kes dihadapi oleh Adam Rosly.

Sementara pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi terkedu apabila mengetahui mengenai tindakan Cikgu Kamarul itu. Beliau juga enggan mengulas mengenai.

Ini adalah contoh di mana jika terkena pada batang hidung sendiri, masing-masing dalam Pakatan Harapan mendiamkan diri. Tetapi jika ia terkena pada Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka akan menyerangnya tanpa memberi peluang.

Walaupun hakikatnya telah terbukti bahawa Najib tidak bersalah.

Dengan isu-isu besar yang sedang melanda ini, ia merupakan petanda bahawa Pakatan Harapan semakin goyah.

Itu belum lagi masuk kes tuduhan rasuah yang dilalui oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

One thought on “3 Isu Besar Landa Pakatan Harapan, Zairil, Adam Rosli dan Cikgu Kamarul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: