Video : Sukar Beli Rumah Di Selangor, Pembeli Beri Azmin Tempoh 2 Minggu

PUCHONG – Pemohon rumah kos rendah di Taman Damai Utama, Puchong di sini memberi tempoh dua minggu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagi menyelesaikan isu perumahan yang melibatkan nasib 80 yang terbabit.

Presiden Kelab Harmoni Selangor, Dr V Sunder berkata, pemohon sudah menunggu sejak tiga tahun lalu sejak tindakan pemaju yang menaikkan harga dari RM42,000 ke RM72,000 seunit.

“Dia mahu jadi MB dia tak mahu jaga rakyat, Jangan susahkan rakyat. Seorang yang jadi MB Selangor, dia ada tanggungjawab.

“Dia punya negeri kena jaga jadi penduduk Selangor kena pergi sampai ke Putrajaya?,” katanya lagi,”katanya di sini tengahari tadi.

Menurutnya, rumah tersebut berharga RM42,000 sahaja tapi dia ubah suai.

“Dia bagi semua ini RM69,000 semua tingkat atas. Tapi RM69,000 bukan ada lif pun. Siapa suruh dia ubahsuai?

“Ada ke kerajaan yang bagi ubahsuai dia boleh naikkan sampai RM72,000. Kita nak tengok akta mereka. Ada tak undang-undang ini? Tak patut lah macam ini. Jadi orang mohon kos rendah, lembaga perumahan tawarkan, Pengurus Lembaga Perumahan Datin Paduka Alina.

“Dia hantar surat kepada saya mengatakan dia offer RM42 000 sahaja. Kerajaan negeri luluskan RM42,000 ribu sahaja,” katanya.

Tambah Sunder, sudah beberapa kali perkara itu diusulkan kepada kerajaan negeri namun sikap tidak endah menyebabkan isu tersebut masih tergantung.

“Saya sudah tiga tahun membuat rayuan kepada Lembaga Perumahan Selangor, exco-exco dan juga MB Selangor. Kalau mereka sudah ambil tindakan dahulu, masalah tidak akan timbul,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: