Video : Razak 1 Jentera Canggih Projek Keretapi Berkembar KVDT

KUALA LUMPUR – Razak 1 merupakan jentera canggih untuk meneruskan pembinaan projek infrastruktur Landasan Kereta api Berkembar Lembah Klang (KVDT).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat pengumuman itu ketika melawat projek itu di KL Sentral di sini, hari ini.

“Projek ini sejajar transformasi pengangkutan awam terutama di Lembah Klang, sejajar Transformasi Nasional 2050 (TN50), ” katanya.

Menurutnya, projek menaik taraf landasan kereta api berkembar elektrik itu mula dibangunkan Mei tahun lalu dan dijangka siap akhir tahun 2019.

Tambahnya, projek itu meliputi kerja membaik pulih landasan sepanjang 42 kilometer antara Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu, di sini untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kereta api.

“ia meliputi kereta api Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi kemudahan rakyat negara ini,”katanya yang menganggarkan projek dalam dua fasa dengan peringkat pertama bernilai RM1.41 bilion.

Katanya, projek tersebut mencakupi kerja menaik taraf 16 stesen sepanjang laluan berkenaan melitupi sistem semboyan dan elektrik yang giat dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *