Mahathir Terkedu Bila Kamarul Azman Keluar Parti

Tindakan salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mengisytiharkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta telah membuatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad terkedu.

Mahathir yang juga pengerusi PPBM, langsung tidak mengulas mengenai keputusan yang dibuat oleh Kamarul Azman untuk keluar parti ketika berceramah di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur malam semalam.

Beliau juga enggan mengulas dakwaan Kamarul Azman yang juga bekas Setiausaha Kerja PPBM bahawa parti itu adalah sebuah parti yang mengamalkan kronisme dan gila jawatan.

Mahathir hanya berkata ringkas: “Mungkin kroni dia (yang) tak pilih dia” ketika ditanya oleh pemberita mengenai tindakan Kamarul Azman meletak jawatan, selepas ceramah berkenaan berakhir.

Sebaliknya dalam ceramah berkenaan Mahathir lebih banyak menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu sesuatu yang dilakukannya sejak dulu lagi.

Mahathir lebih sibuk memperkatakan mengenai Najib dan lupa mengenai kemelut dalaman yang dialami oleh partinya itu.

PPBM didaftarkan pada September tahun lalu dan belum pun perjuangan mereka bermula, macam-macam hal sudah melanda. Bukan Kamarul Azman seorang sahaja sebaliknya ramai yang memutuskan untuk keluar dari parti itu.

PPBM sekarang sudah kucar kacir. Ramai ahli-ahlinya di Baling dan Rembau telah keluar parti, kini PPBM bahagian Pekan pula sedang bergolak.

Lepas ni makin terkedu la Mahathir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: