Hamidah Pun Dalam Proses Keluar Parti?

Pada 16 Mac lalu, 13 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana tidak berpuas hati berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.

Kemudian pada 5 April lalu pula, seramai 500 ahli PPBM Rembau turut mengmbil keputusan yang sama kerana hilang kepercayaan ter­hadap kepimpinan dan hala tuju parti berkenaan.

Dan semalam, kemuncaknya apabila Kamarul Azman Habibur Rahman, salah seorang daripada pengasas PPBM yang juga Setiausaha Kerja PPBM telah mengisytiharkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Kemelut ini telah menyebabkan seorang lagi pemimpin kanan PPBM iaitu Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman menegur presiden parti berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memandang serius tindakan Kamarul Azman keluar parti.

Menurut Hamidah, pemimpin PPBM dan Muhyiddin tidak boleh berdiam diri atau menganggap tindakan keluar parti perkara yang remeh.

“Jangan terus menganggap perkara ini kecil dan mengatakan tidak mengapa dan menuduh orang itu ini tinggalkan parti sebab dia kecewa, sebab akhirnya parti menerima akibat,” kata Hamidah kepada FMT.

Dan disebabkan krisis itu juga, terdapat spekulasi bahawa PPBM bakal kehilangan seorang lagi pengasasnya yang tidak berpuas hati dengan pimpinan atasan parti serpihan tersebut.

Adakah Hamidah orang yang disebut-sebut itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *