Caj Muntah Tular, Restoran Nasi Kandar Lapor Polis

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga sebuah restoran membuat laporan polis apabila caj muntah menjadi tular selepas dimuat naik blog India di laman sosial.

Menerusi perkongsian yang dibuat Dr Abdul Rahman, pemilik restoran Pelita Samudera, Mohamad Nazreen Naveen yang mengenakan caj tersebut berkata, kebiasaannya pihaknya tidak akan mengenakan caj muntah atau kekotoran jika ia dilakukan kanak-kanak.

“Disebabkan muntah itu (oleh dewasa) sekumpulan berbangsa Cina yang muntah ke atas pinggan dan meja makan dan keadaan muntah yang teruk, saya mengambil keputusan untuk membuang pinggan yang berada di atas meja berkenaan,”katanya petik laporan polis yang dibuat Mohamad Nazreen.

Katanya, tindakan laporan polis adalah bertujuan untuk perkara yang berbangkit di kemudian hari.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *