Malaysia Berjaya Jajah Singapura?

Kalau diikutkan teori pembangkang, Malaysia telahpun dijajah oleh China dan Arab Saudi. Semuanya selepas dua negara berkenaan membuat pelaburan yang besar di Malaysia.

Dengan China, Malaysia telah mengikat perjanjian pelaburan bernilai RM144 bilion manakala Arab Saudi pula melabur sebanyak RM31 bilion menerusi kerjasama antara Saudi Aram­co dengan Petronas sebagai rakan pelaburan dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Walaupun ia adalah pelaburan yang sudah pasti memberikan keuntungan kepada rakyat Malaysia namun pembangkang mendakwa kerajaan telah ‘menjual’ kedaulatan negara apabila memeterai perjanjian pelaburan dengan syarikat dari China baru-baru ini.

Jadi apabila anak syarikat Bintai Kinden Corporation Bhd, Bintai Kindenko Pte Ltd, menerima surat lantikan daripada Sunray Woodcraft Construction Pte Ltd untuk menjalankan kerja-kerja subkontrak bernilai kira-kira RM45 juta di Singapura, adakah ia menunjukkan Malaysia sudah menjajah Singapura?

Antara kerja-kerja subkontrak itu termasuk penyelenggaraan bagi kerja mekanikal dan elektrik di Raffles Hotel dan ruang beli-belahnya di Singapura.

Memang pelik dengan perangai pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir. Apabila beliau memperkenalkan dasar Padang Ke Timur dan pelaburan Jepun di Malaysia, tidak pula timbul isu jual negara.

Apa yang berlaku dahulu iaitu ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan apa yang dilakukan kerajaan kini adalah sama iaitu mewujudkan pekerjaan serta mengembangkan ekonomi negara dengan berpegang kepada dasar keadilan.

Semua pihak akan mendapat manfaatnya, jadi tidak perlulah membuat tohmahan yang bukan-bukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *