Aramco Akan Jadi Sasaran Terbaru Selepas ECRL, Bandar Malaysia, Forest City dan Lynas.

Kehadiran Raja Arab Saudi ke Malaysia baru-baru ini ternyata memberikan manfaat yang cukup banyak buat penduduk di negara ini bukan sahaja dari segi penambahan kuota haji malah kerjasama strategik antara Saudi Aramco dengan Petronas dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor telah dimeterai.

Nilai pelaburan Aramco itu adalah sebanyak RM31 bilion. Ia merupakan nilai pelaburan yang kedua besar selepas China.

Malaysia dan China telah berjaya memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM144 bilion, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat negara berkenaan tahun lepas.

Malangnya, setiap kali Malaysia mendapat pelaburan yang besar ini, maka pembangkang akan menjadikan ia sebagai isu kononnya kita mahu menjual kedaulatan negara. Apabila kerjasama dilaksanakan dengan China, kita dikatakan mahu jual negara pada China.

Hanya dengan Arab Saudi sahaja mereka takut untuk menyatakan, Malaysia sudah jual negara pada Arab Saudi. Ketika kita bercakap mengenai suntikan pelaburan Arab Saudi itu, pembangkang sibuk membangkitkan mengenai isu derma politik bernilai RM2.6 bilion.

Hakikatnya, itulah strategi yang dimainkan pembangkang dengan menjadikan setiap pelaburan yang diterima Malaysia, dijadikan isu, dalam usaha menjatuhkan kredibiliti Najib dan juga menjejaskan imej negara pada mata luar.

Sejarah membuktikan segalanya. Cuba lihat kepada Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, di mana kos pelaburan dianggarkan bernilai RM60 bilion. Ia juga dijadikan isu.

Begitu juga dengan pembinaan bandar malaysia dengan kos pelaburan RM8.12 bilion, pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) (RM40 bilion) dan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang dengan nilai pelaburan RM2.7 bilion

Projek-projek mega ini sebenarnya menjadi kayu ukur kepada tahap kemajuan dan pembangunan, sekali gus dapat meningkatkan ekonomi dan keyakinan pelabur asing.

Tapi malangnya, semua pelaburan yang masuk ke negara ini dipertikaikan.

Nampaknya pembangkang tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia menjadi tumpuan pelabur sedangkan selama ini mereka sibuk menjaja Malaysia akan Bankrap.

Malah ada antara mereka yang sanggup ke luar negara untuk memburukkan nama negara, dengan harapan pelabur akan menarik diri.

Apa yang pasti mereka kini dalam kesipuan selepas agenda membankrapkan negara tidak menjadi. Buktinya, Arab Saudi dan China sanggup melabur di negara ini. Nampaknya Najib telah memberikan pukul KO pada pembangkang.

One thought on “Aramco Akan Jadi Sasaran Terbaru Selepas ECRL, Bandar Malaysia, Forest City dan Lynas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *