Warga Singapura Seru Rakyat Malaysia Supaya Bersyukur

KUALA LUMPUR – Seorang doktor yang merupakan pemilik akaun, Abdul Rahman Abdul Kadir telah berkongsi menerusi statusnya dimana seorang rakannya daripada Singapura menyeru sekali gus menasihatkan rakyat Malaysia supaya bersyukur dengan nikmat yang diperolehi hari ini.

“Saya menerima mesej inbox dari sahabat saya seorang warga Singapura.
Beliau nyata amat hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat.
Di Singapura untuk hadir ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan saja bayarannya adalah sebanyak $115 Sing Dollar. Jika ditukar kepada nilai matawang hari ini, ia adalah sebanyak RM 345.

“$115 dollar ini akan hanya cover untuk Consultation, blood test biasa, X-ray biasa (bukan CT Scan) dan ubat- ubatan biasa seperti ubat batuk, Panadol dan sebagai sahaja. Jika perlu CT scan atau ubat2an mahal, perlu dibuat pembayaran tambahan yang berasingan,”kongsinya.

Tambahnya, rakyat boleh memilih untuk pergi ke poliklinik kerajaan Singapura yang hanya beroperasi pada waktu pejabat.

Bayaran hanya untuk consultation doktor saja adalah sebanyak $11.80 hingga $23.50 dollar. Tak termasuk lagi bayaran utk x-ray, ujian darah, ubat-ubatan dan sebagainya.

“Di negara kita, rakyat hanya bayar RM 1, tetapi dapat berjumpa doktor termasuk doktor pakar seperti saya, menjalani ujian darah, dibuat X-ray segala bagai hingga CT scan jika perlu dan dibekalkan ubat-ubatan yang mahal-mahal hingga ada yang bernilai RM 3K seperti Metalyse sewaktu serangan jantung.

“Juga perkhidmatan ambulans di Singapura bukan percuma. Sekali pakai menelan belanja hingga RM 450! Di Malaysia ia adalah percuma.

Katanya, sahabatnya yang juga warga Singapura itu berasa sungguh aneh dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat.

“Sudahlah murah, namun depa mahu free. Segala-galanya disalahkan kerajaan. Sembelit waktu pagi pun maki PM dan kerajaan agaknya,”tulisnya.-SuaraTV

One thought on “Warga Singapura Seru Rakyat Malaysia Supaya Bersyukur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: