Tiada Lagi Istilah Kebal Bagi Lim Guan Eng Di Kalangan Media Cina

Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon yang ditetapkan pada 27 Mac ini telah ditangguhkan sehingga rayuan mereka untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

Namun bukan itu yang mahu diperkatakan sebaliknya bagaimana beliau kini dimusuhi oleh media Cina disebabkan tindakannya sendiri.

Insiden di mana seorang wartawan kanan Guang Ming Daily, Ong Beng Siang, 40, menyaman Guan Eng berhubung satu status di laman sosial Facebook milik beliau Januari lalu merupakan yang pertama kali dilakukan oleh seorang wartawan terhadap ketua kerajaan negeri.

Ia mengejutkan kerana selama ini Guan Eng yang kerap menyaman akhbar-akhbar media arus perdana tetapi kali ini, saman yang dikemukakan oleh Ong merupakan satu tamparan kepada beliau.

Selain Ong, Persatuan Wartawan Melaka (MJA) pula tampil melahirkan kekecewaan terhadap Guan Eng kerana tidak menghormati media dengan mendakwa mereka memperbesarkan jumlah melalui laporan 182 ahli DAP Melaka keluar parti.

Pengerusinya, Choong Kion Sin dilaporkan berkata, Guan Eng tidak menghormati tertib profesional dan kebebasan media.

Beliau merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli DAP di Melaka yang mengadakan sidang media untuk mengumumkan 182 orang keluar parti. Mereka diketuai bekas naib pengerusi DAP negeri, Liou Chen Kuang di pusat khidmat Kota Melaka di Kota Laksamana.

Guan Eng bagaimanapun ketika mengulas mengenainya memberitahu gambar ketika pengumuman itu dibuat hanya menunjukkan kira-kira 20 orang.

“Dua puluh boleh jadi 182 orang dalam media Barisan Nasional,” katanya.

Ahli MJA terdiri daripada wartawan dari media berbahasa Inggeris dan Cina.

Melihat kepada dua insiden itu, ternyata Guan Eng kini bukan lagi pemimpin pembangkang yang menjadi pilihan seperti sebelum ini, di mana pengamal media Cina akan memberikan liputan penuh kepadanya.

Malah dalam banyak-banyak majlis yang dianjurkannya, sudah pasti media Cina akan menjadi keutamaan berbanding `media Barisan Nasional (BN)” kerana dalam fikiran Guan Eng, media BN suka spin kenyataan yang dibuatnya.

Tetapi kini beliau sendiri terpaksa berdepan dengan keadaan di mana media khususnya akhbar Cina tidak lagi harus dilihat seolah-olah `mengikut telunjuk’ Guan Eng.

Media Cina juga mempunyai tanggungjawab kepada penduduk lain dan memberi keadilan kepada mereka, khususnya kaum Cina.

Ternyata dua peristiwa itu menunjukkan bahawa media Cina kini semakin lantang dan tegas kepada Guan Eng.

One thought on “Tiada Lagi Istilah Kebal Bagi Lim Guan Eng Di Kalangan Media Cina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: