Tiada Lagi hubungan Pas PKR Di Permatang Pauh

Tidak menghormati kerjasama yang terjalin – itu alasan PAS Permatang Pauh hari ini apabila mereka membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata pihaknya tidak senang dengan sikap PKR apabila terus mengadakan kerjasama dengan dua parti seteru mereka iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Omar juga mendakwa PKR menggunakan sebilangan ahli PAS dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka.

“Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli PAS bahawa PKR meminta ahli kami keluar parti dan menyertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu dalam kerajaan.
“Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan PAS,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Seperti beberapa kawasan lain, PAS Permatang Pauh mengadakan mesyuarat tahunan mereka hari ini.
Hubungan PAS Permatang Pauh dengan PKR memang tidak seakrab dulu dan mereka pernah dingin ketika pilihan raya kecil parlimen itu pada April 2015.
Parlimen Permatang Pauh kini diwakili Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
Semasa mesyuarat berlangsung usul memutuskan hubungan dengan PKR dibawa perwakilan PAS Cawangan To’ Kandu. Malah mereka mencadangkan supaya PAS meletakkan calon di kawasan parlimen serta tiga kawasan dewan undangan negeri (DUN) di bawahnya.
Tiga DUN di bawah Permatang Pauh ialah Seberang Jaya dan Penanti – masing-masing diwakili PKR – dan Permatang Pasir (PAS).
Sinar Harian melaporkan, usul itu diterima sebulat suara.
Kata Omar, PKR dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di Pulau Pinang apabila secara terbuka menurut kehendak DAP.
Omar kemudian mendakwa beberapa fatwa dilengah atau ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui exco agama Pulau Pinang.
“Tindakan PKR itu memberi pelbagai implikasi antaranya merugikan Islam, bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi dan menjejaskan kedudukan PAS untuk berhadapan dengan pengundi Islam dan Melayu di dalam PRU ke-14 kelak,” katanya.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: