Sumber WSJ Claire Brown, Pembangkang – Rahman

Seorang menteri Umno mendakwa mengetahui identiti sekurang-kurangnya seorang daripada sumber Wall Street Journal dalam laporan kononnya syarikat minyak Arab Saudi (Saudi Aramco) menarik diri daripada usaha sama dengan Petronas dalam membangunkan sebuah kilang penapisan di Pengerang, Johor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman berkata laporan WSJ awal tahun ini, menyebut tiga nama.
“Seorang daripada mereka adalah Clare (Rewcastle) Brown, dua yang lain adalah anggota pembangkang,” kata Abdul Rahman di Dewan Rakyat hari ini.

Rewcastle-Brown adalah editor Sarawak Report, sebuah laman web pendedah maklumat yang lantang terhadap kerajaan.

WSJ dalam laporannya pada 26 Januari itu, menamakan “tiga orang yang biasa dengan perkara itu” sebagai berkata Saudi Aramco menarik diri daripada projek Pengerang.

Reuters juga menerbitkan laporan sama dengan memetik “sumber-sumber industri” sehari sebelum itu, pada 25 Januari.

Di sebalik laporan awal itu, Saudi Aramco dan Petronas akhirnya memeterai perjanjian usahsama bernilai AS$7 bilion untuk membangunkan kilang penapisan minyak di Pengerang.

Perjanjian itu telah ditandatangani semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.-Malaysiakini

One thought on “Sumber WSJ Claire Brown, Pembangkang – Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: