Setiausaha Negara AS, Gesa Kerjasama China Tangani Program Nuklear Korea Utara

BEIJING – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson menggesa kerjasama antara China -Amerika Syarikat dalam menangani program nuklear Korea Utara dalam rundingan pertama dengan diplomat tertinggi China.

AP melaporkan, Tillerson menekankan kepada keperluan untuk mengadakan hubungan yang “berorientasikan hasil” dengan China dalam satu komen berikutan pertemuannya dengan Menteri Luar China Wang Yi.

“Kami telah memperbaharui keazaman kami untuk bekerja bersama untuk meyakinkan Korea Utara untuk memilih jalan yang lebih baik dan masa depan yang berbeza untuk rakyatnya,” kata Tillerson.

Beliau berkata Wang bersetuju mengenai keperluan untuk “pembetulan hala ” dengan Pyongyang. Membawa Korea Utara “ke tempat yang lain” adalah satu perkara untuk didekati dan “bertindak segera,” kata Tillerson.

Wang pula menyatakan semula saranan Beijing untuk mengadakan dialog antara Amerika Syarikat dan Korea Utara dan menyatakan lawatan Tillerson ini adalah satu langkah penting ke arah pertemuan antara Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya, Donald Trump, dijangka pada bulan depan.

One thought on “Setiausaha Negara AS, Gesa Kerjasama China Tangani Program Nuklear Korea Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *