Saharul Ridzwan Akui Alami Kerugian Niaga Sebab Kurang Ilmu

Pelakon Saharul Ridzwan mengakui mengalami kerugian dalam perniagaan akibat tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut.

Saharul atau nama sebenarnya Saharul Ridzwan Hashim, 28, berkata, dia pernah memulakan perniagaan tanpa ilmu dan maklumat yang tepat sehingga bisnes itu lingkup, lapor AstroGempak.

“Saya pernah menjalankan perniagaan bedak sejuk dulu, namun bisnes itu tidak menjadi kerana kurang mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup.

“Kegagalan yang terjadi dulu saya anggap ia sebagai satu cabaran dan saya tidak putus asa untuk mencari peluang perniagaan yang baru.

“Akibat daripada itu saya mempunyai kesedaran untuk belajar mengenai selok-belok perniagaan daripada orang yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut.

“Namun, kini saya sudah tahu untuk melakukan perniagaan dengan cara yang betul melalui proses-proses yang disarankan oleh kerajaan,” katanya kepada Astro Gempak.

Saharul berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama mini 12 episod Chor & Chah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Chor & Chah adalah drama usahasama di antara SME Corp Malaysia dan Suhan Movies dan menampilkan barisan pelakon seperti Ummi Nazeera, Luqman Hafidz dan Hafreez Adam.

One thought on “Saharul Ridzwan Akui Alami Kerugian Niaga Sebab Kurang Ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: