Rumah Kendall Jenner Dirompak Kerugian RM880,000

Ahli keluarga Kardashian iaitu Kendall Jenner, 21, mengalami kerugian sebanyak RM880,000 selepas rumahnya dimasuki perompak.

TMZ melaporkan, Kendall yang berada di dalam rumah ketika kejadian menyedari kediamannya diceroboh selepas terdengar bunyi bising.

“Kendall segera menghubungi pihak polis apabila menyedari suspek berada di dalam rumahnya.

“Namun, apabila pihak polis tiba di kediaman Kendall, tiada perompak ditemui malah tiada sebarang tanda rumah itu dipecah masuk.

“Pihak polis kini masih menjalankan siasatan mengenai dakwaan yang dilaporkan Kendall itu,” kata sumber.

Tambah sumber, rompakan ini berlaku selepas lima bulan kakaknya, Kim Kardashian mengalami kejadian serupa ketika berada di Paris.

One thought on “Rumah Kendall Jenner Dirompak Kerugian RM880,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE
%d bloggers like this: