PPBM Kini Sebahagian Dari Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan secara rasmi menyambut kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pakatan pembangkang.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada Isnin.

PPBM, yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini akan didaftarkan sebagai ahli pakatan pembangkang.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan, yang bermesyuarat pada hari ini telah memutuskan, dengan sebulat suara untuk menerima hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota Pakatan Harapan.

“Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

“Mesyuarat bersetuju berbincang dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baharu,” menurut kenyataan majlis itu yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM, minggu lepas mengumumkan bahawa parti itu secara rasmi akan menyertai pembangkang. – mstar

One thought on “PPBM Kini Sebahagian Dari Pakatan Harapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: